Matlamat
Matlamat mata pelajaran Seni visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat memberikan sumbangan kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Organisasi Kandungan
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan aspresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.
Aktiviti Dunia Seni Visual Tahun Dua
Aktiviti di tahun 2 bagi kurikulum Dunia kesenian –Seni Visual meliputi
BIDANG KEGIATAN
|
AKTIVITI
|
MENGGAMBAR
|
1. Lukisan
2. Gosokan
3. Resis
|
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
|
Terancang
1. Lipatan dan guntingan
2. Cetakan
Tidak Terancang
1. Tiupan
|
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
|
1. Stabail
2. Topeng
|
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
|
1. Alat permainan-gasing
2. Tembikar
|