KRAF TRADISIONAL

ALAT PERMAINAN – GASING
Gasing merupakan sejenis permainan boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.
Antara jenis gasing ialah gasing piring, pangkah, jantung dan sebagainya.

Aktiviti Menghasilkan Gasing
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, pensel, 
warna dan gunting.
Langkah 1:
-      Melakar corak pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakannya.
-      Menampal hiasan corak pada box board.
-      Menggunting bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing.
Langkah 2:
-      Mencucuk dan melekatkan pensel pada bahagian tengah badan gasing menggunakan gam UHU



























TEMBIKAR

Satu seni kraf tradisional yang menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan.
Tembikar  dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur.
Tembikar merupakan karya 3 Dimensi dan bermula sejak zaman primitif lagi.
Buyung
Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan. Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
 

Aktiviti Menghasilkan Buyung( Teknik Lingkaran)
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Plastisin atau doh
Langkah 1:
-      Membentuk tanah liat secara memanjang.
Langkah 2:
-      Membentuk bahagian tapak dengan lingkaran tanah liat.
-      Membentuk badan, leher dan mulut buyung menggunakan tanah liat dengan teknik lingkaran.
 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.